Reviews, Stroller

3 Stroller Kompak & Ringan Yang Anda Harus Miliki

Look. We get it. Kalau kita ingin pergi bercuti, first thing comes to our mind are space and weight limit. The constraint increase kalau kita bercuti di luar negara sebab travelling via flight, only certains stroller sahaja yang dibenarkan. There are few strollers from local brands which copied from branded original design from overseas. At BebeHouz, we do not sell imitation product. We will not consider those strollers in this short review. So let’s get to it. These are few criteria which we will focus on.

  1. Berat : Kurang dari 7KG
  2. Fold : Compact
  3. Compartment : Bonus
  4. Cabin approved : Bonus

Babyzen Yoyo+

Stroller pertama yang ada di fikiran saya semasa menulis tentang artikel ini haruslah Babyzen Yoyo+ (Generasi ke-2) . Semasa Babyzen Yoyo di perkenalkan pada awal tahun 2015, ia terus diperkatakan sebagai stroller kompak terbaik yang pernah berada di pasaran. Mengapa tidak? Saiz Yoyo yang sangat kompak sehinggakan ia dibenarkan untuk di bawa ke dalam kapal terbang dan disimpan di atas overhead compartment. Tambahan pula, pengguna boleh membuka stroller yoyo daripada lipatan kepada full size hanya menggunakan satu tangan sahaja. Efisyen!

 

Kali ini, pada tahun 2016, Babyzen Yoyo+ diperkenalkan. Ada beberapa ciri penambah baikan yang diperkenalkan berbanding Yoyo yang terdahulu. Antaranya ialah tempat penyimpanan barang yang lebih besar sebanyak 60%, 4 tayar bersuspensi, pad tempat duduk yang lebih tebal dan tali pembawa yang baru. Ia juga diperakui mampu menampung kanak-kanak sehingga 18KG. Dalam umur lingkungan 3-5 tahun untuk kanak-kanak di Asia.

 

Kebanyakan pelanggan kami yang membeli Babyzen Yoyo+ mereka inginkan stroller yang kompak, ringan dan menarik. Mana tidaknya. Stroller yang biasa kita lihat di mall atau pasar raya adalah berat. Bagi pelanggan kami yang agak kecil molek, stroller yang berat dan besar tentulah menjadi satu masalah. Terutamanya untuk memindah keluar stroller tersebut dari kereta anda. Dengan Babyzen Yoyo+, tidak menjadi satu masalah kerana lipatannya yang kompak dan ringan.

Spesifikasi Babyzen Yoyo+ secara ringkas adalah seperti berikut:

  • Lipatan kompak :  52 x 44 x 18 cm
  • Berat : 6.2 KG – 6.6 KG (bergantung kepada jenis)
  • Had berat : 18KG

Berikut adalah beberapa gambar yang kami ambil dari Instagram untuk anda. Segala gambar adalah hak milik empunya.

YouTube - Babyzen Yoyo+

Follow Us!

Instagram Feed

GB Pockit

Tentu anda pernah dengar tentang pockit bukan? Kalau tidak, teruskan membaca. Pockit dari Goodbaby telah diiktiraf sebagai The World’s Smallest Folding Stroller oleh Guinness World Record pada 2014. Hebat bukan?

Dengan rekaan yang bijak, Pockit menggunakan sistem 2 x 2 D bagi menghasilkan stroller yang kompak. Dengan berat hanya 4.3 KG, ia lagi ringan daripada beras 5KG!  Ia mampu menampung berat kanak-kanak sehingga 17KG (6 bulan sehingga 4 tahun) dan ruang simpanan di bawah yang luas dan mampu menampung sehingga 5KG.

 

Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang terdapat pada pockit:

  • Boleh ditolak dengan satu tangan sahaja
  • Adjustable harness system
  • 2-langkah lipatan kompak
  • Front wheel swivel

Front wheel swivel adalah satu ciri-ciri yang penting dimana jika kita menolak anak kita di atas jalan yang kurang rata, tayar tersebut boleh di kunci di posisi hadapan supaya tidak bergerak-gerak dan anda boleh mengemudi Pockit dengan selesa. Kalau kita bawa pockit ke taman, jalan yang tidak elok pun kita juga boleh mengemudi Pockit ni.

Kalau travelling, anda juga boleh memuatkan Pockit ini di dalam luggage bag. Sungguh kompak!

Harga pasaran adalah RM999. Berita baik untuk pelanggan kami, Pockit buat masa kini hanya di jual RM899 selagi stok masih ada!

 

Berikut adalah gambar bagi ciri-ciri yang telah kami terangkan.

Tolak dan kemudi dengan mudah

Adjustable harness system

Front swivel wheels

YouTube - Pockit

REACARO EASYLIFE

Pasti bapa-bapa pernan dengar pasal Recaro? Ya! Ia idaman setiap orang bapa kerana Recaro adalah pengeluar kerusi kereta yang tersohor! Kini, jenama German ini menghasilkan produk car seats dan stroller. Sudah tentu kualitinya sama bagus seperti kerusi kereta mereka.

 

Berat Recaro Easylife ini hanyalah 5.7 KG.  Ia mampu menampung berat kanak-kanak sehingga 15KG dan bermula daripada bayi berusia 6 bulan. Apa bila ia dilipat, ia hanyalah bersaiz 49 x 58 x 26 cm dapat dibuka dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Sangat kompak. Stroller ini mempunya 8 tayar dimana setiap penjuru mempunyai 2 tayar yang membantu stroller ini bergerak dengan baik dan stabil.

Berbanding dengan Babyzen Yoyo+ yang boleh boleh dilipat kompak dan dibawa masuk ke dalam kapal terbang, harga pasaran adalah  RM2399. Namum, harga boleh jatuh sehingga RM1499 semasa promosi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui segala promosi atau jualan yang berlangsung dengan opt-in atau subscribe dengan mailing list kami.

Salah satu option yang baik yang harus ada pada setiap stroller adalah keupayaan untuk recline. Recaro Easylife boleh di ubah posisi tempat dudk dengan beberapa peringkat.

Ia juga mempunyai saiz ruang penyimpanan yang bersesuaian untuk anda meletakkan barang-barang anda atau anak anda di bawah. Jangan pula letak macam-macam sampai jadi troli!

 

Di dalam pasaran Malaysia, Recaro Easylife di datangkan dengan beberapa pilihan warna seperti biru, kuning,  graphite (grey), merah dan juga hitam.

Youtube - Recaro Easylife

Tulis pandangan anda tentang 3 stroller ini di ruangan komen dibawah. Anda merupakan salah satu pengguna stroller ini, apa pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *