Article, Food, Nutrition, Parenting

4 Cara Sebenar Untuk Memulakan Makanan Bagi Bayi 6 bulan Mengikut Pakar

Memang teruja bila anak dah nak masuk 6 bulan.

Habis segala maklumat mengenai pemakanan bayi dicari. Info mengenai makanan bayi 6 bulan  lebih mudah didapati melalui forum ibu bapa di Facebook dan juga internet.

Namun hampir semua info di internet sarankan mulakan makanan bayi 6 bulan dengan puri buah atau sayur-sayuran.

Sebenarnya puri sahaja tidak cukup untuk menampung keperluan nutrisi anak. Ramai terikut fakta yang kurang tepat ini tentang resepi makanan bayi 6 bulan.

Maka dietatian ini mendedahkan 4 cara sebenar makanan bayi 6 bulan.

Resepi makanan bayi 6 bulan tu mesti ada 4 bahan utama. 

Faham sangat kenapa kenapa ibu-ibu masa ini sangat risaukan usus bayi yang belum matang.

Dan sebenarnya cadangan daripada World Health Organization (WHO) dan KKM untuk mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan adalah sesuai dengan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi yang telah matang bagi bayi normal.

Oleh itu, ibu-ibu usah risau ya. Sepatutnya resepi makanan bayi 6 bulan mesti ada   :

  • Nasi untuk sumber karbohidrat yang memberi tenaga.
  • Sayur dan buah-buahan bagi sumber vitamin dan mineral.
  • Protein seperti daging dan ikan untuk membina otot tubuh.
  • Minyak seperti minyak zaitun bagi memberi tenaga dan melincirkan tekstur makanan.

 

Contohnya bagi hidangan makanan utama perlu ada bubur nasi, sayur atau buah, minyak , ikan atau daging seperti dibawah

Barulah makanan yang diambil untuk bayi 6 bulan lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan bagi perkembangan mereka.

 

makanan bayi 6 bulan

 

Sebenarnya pihak Bahagian Pemakanan  ,Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat panduan khusus sebagai rujukan kepada ibu bapa. Ini boleh dilihat didalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak masing-masing.

Tambah dietatian ini lagi, bila ibu cuma perkenalkan puri sayur atau buah pada awal tempoh makanan anak 6 bulan, kebanyakannya berisiko menjadi “picky eater” sebab lambat diperkenalkan makanan ruji seperti nasi dan hanya suka kepada makanan manis.

Akibatnya anak kurang berat daripada umur yang sepatutnya. Ini berdasarkan kes yang selalu dihadapi oleh dietatian dihospital.

 

Ada juga para ibu fikir, jika anak tak makan bubur nasi. Anak tak kenyang. Sedangkan bubur nasi boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee dan pasta.

Kekeliruan lain yang dialami ibu-ibu terhadap makanan bayi 6 bulan ialah dalam menentukan sayur yang sesuai. Contohnya dalam bubur nasi dicampur ubi dan lobak.

Sedangkan dua sayur ini juga sejenis karbohidrat. Jadi perlu pelbagaikan sayuran hijau untuk sumber vitamin yang cukup.

Para ibu juga perlu utamakan makanan daripada sumber semulajadi dahulu berbanding makanan proses segera seperti nestum dan sebagainya. Hal ini kerana, makanan proses biasanya mempunyai gula dan perisa tambahan yang boleh menganggu deria rasa anak pada awal pengenalan makanan.

Kekerapan Untuk Bayi Makan

Ibu selalu keliru. Samada nak beri makan sekali atau berapa kali. Ada yang menyediakan resepi makanan bayi 6 bulan  sekali sehari saja dan ada juga yang mengikut jadual pemakanan keluarga iaitu 3 kali sehari.

Hakikatnya bayi kita perlu lebih kurang 2-3 kali sajian utama dan 2 atau 3 kali hidangan sampingan.Ini boleh kita lihat pada jadual makanan bayi 6 bulan seperti dibawah ini.

 

jadual makanan bayi 6 bulan

 

Jadi bila dah tahu beberapa kerap anak kita kena makan, barulah kita dapat merancang resipi makanan bayi 6 bulan kita.

Paling penting 4 asas bahan yang seperti diatas itu perlu ada dalam hidangan anak.

Bahkan resepi makanan bayi 6 bulan pun ada sukatannya. Contoh sukatan makanan bayi 6 bulan seperti dibawah.

 

jumlah makanan bayi 6 bulan

 

Kebersihan dan tekstur makanan bayi 6 bulan yang disediakan hendaklah bersih dan halus.

Jika memasak bubur dan puri sebaiknya guna peralatan khas yang tidak bercampur dengan masakan harian keluarga. Sebab nak menjamin makanan yang dimasak tu tidak dijangkiti kuman dan sebabkan keracunan makanan pada bayi.

 

Dan bila kita banyak pindahkan makanan menggunakan pelbagai peralatan risiko dijangkiti pathogen tu lebih tinggi. Seeloknya guna satu atau dua peralatan seperti BEABA Babycook yang boleh stim, kisar,dan panaskan puri sekaligus.

Tekstur yang halus pada makanann bayi 6 bulan ini dapat meransang perkembangan  neuromaskular anak lebih baik.

 

Kenalpasti jika ada reaksi alergik makanan pada bayi 6 bulan.

Majoriti ibu-ibu menggunakan “Peraturan 4 hari”. Iaitu memberikan menu yang sama dalam tempoh 4 hari berturut-turut.

Image result for baby allergic

“Sebenarnya tak da la tetap 4 hari ke tau berapa hari pun.  Cuma biasanya kita nasihat untuk mulakan dengan dengan sejenis makanan dulu supaya boleh tahap toleran kepada makanan tu. Biasanya 3 hari pun ok dah.”, ujar beliau.

 

“Contohnya, mulakan dengan makanan ruji seperti bubur nasi. Jika tiada masalah ,selepas 2-3 hari boleh tambah sayur, ikan atau ayam. Begitu juga seterusnya.”

 

Sebabnya untuk lihat alergik makanan ni bergantung pada bayi juga. Ada yang cepat ada yang lambat. Lebih-lebih lagi jika ada sejarah keluarga yang hadapi masalah alergik makanan. Jadi untuk kes ni perlu lebih teliti dengan makanan bayi yang diberikan.

Inilah 4 cara sebenar beri bayi 6 bulan makan menurut dietatian. Harapa ibu-ibu tak ragu lagi tentang makanan bayi 6 bulan.

 

Disini telah dijelaskan dengan mudah oleh dietatian hospital. Paling mudah untuk ingat ialah:

  • 4 bahan asas utama yang perlu ada dalam hidangan.
  • Kekerapan bayi 6 bulan perlu makan.
  • Utamakan kebersihan dan tekstur makanan yang halus.
  • Kenalpasti alergik anak.

 

Moga artikel ini dapat membantu ibu -ibu sekalian. Jom segera mulakan cara ini dengan bayi comel anda !!

 

 

Sumber rujukan :
1.Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil Kumpulan Kerja Teknikal Pemakanan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2008
2.Garis panduan menu taska Kementerian Kesihatan Malaysia.
3.Website World Health Organisations.
4. Dietatian KKM, Puan Z.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *