Safety, Travel

6 Sebab Kenapa Perlu Ada Car Seat

Saban tahun kita membaca di akhbar atau menonton di kaca televisyen tentang kecederaan mahupun kematian kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan disebabkan tidak mengunakan kerusi keselamatan (car seat) didalam kereta. Telah banyak kali di ingatkan oleh pelbagai pihak dan, kanak-kanak lebih terdedah kepada kecederaan dan kematian jika tidak menggunakan car seat.

Jangan jadikan harganya yang mahal sebagai alasan tidak mendapatkan satu.

Berikut adalah 6 sebab kenapa perlu ada sebuah car seat didalam kereta.

1. Statistik Kemalangan

Car Seat Safety Statistics Infographic

Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menujukkan kematian kanak-kanak didalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul.

Walaupun penggunaan car seat bukan satu peraturan yang mandatori di Malaysia, sebagai ibubapa, seharusnya anda mengambil berat akan isu ini dan memasang car seat di dalam kereta demi keselamatan anak-anak.

Ia adalah satu langkah paling utama untuk melindungi anak-anak daripada sebarang kecederaan yang serius.

2. Tali Pinggan Keselamatan vs Car Seat

Booster Seat Wrong Versus Right

Tali pinggang keselamatan direka untuk digunapakai oleh orang dewasa. Ia bertujuan untuk mengurangkan daya tenaga yang terhasil apabila berlaku kemalangan supaya ia tidak mengenai keseluruhan badan pada masa yang sama.

Ia memeluk erat seorang dewasa dengan menyilang tali dari pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran berlaku, daya hentakan tersebut akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan pada tisu dalaman.

Sebaliknya, jika anda meletakkan seorang kanak-kanak, tali tersebut akanmenyilang pada leher dan jika berlaku kemalangan, akan menyebabkan kecederaan yang serius pada bahagian tersebut apabila tali pinggang terkunci semasa pelanggaran.

3. Malang Tidak Berbau

Terdapat 3 perkara yang akan berlaku semasa kemalangan iaitu pelanggaran kenderaan, pelanggaran manusia dan pelanggaran organ dalaman.

Ketiga-tigaperkara tersebut berlaku secara serentak sebaik sahaja kenderaan berhenti secara mengejut.

Jika kanak-kanak tidak menggunakan car seat, apa yang berlaku adalah kanak-kanak tersebut akan melonjak kehadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalangnya.

Ini antara penyebab yang menyebabkan kanak-kanak menghempap kerusi mengakibatkan kecederaan luar dan dalaman atau tercampak keluar dari kereta.

Dengan adanya car seat, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut dilindungi oleh kerangka dan tali keselamatan yang padat dengan span lembut untuk menyerap hentakan.

4. Fungsi Keselamatan

Infographic: Using the correct car seat or booster seat can be a lifesaver. Make sure your child is always buckled in an age- and size-appropriate car seat or booster seat. Use a rear-facing car seat from birth to age 2. Use a forward-facing car seat from age 2 up to at least 5. Use a booster seat from age 5 up until seat belts fit properly. Use a seat belt once seat belts fit properly without a booster seat.

Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.

Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.

Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.

5. Fokus Kepada Pemanduan

Image result for focus driving child at the back

Khas untuk wanita yang bekerja atau surirumah yang aktif dengan aktiviti luar, membawa kanak-kanak bersama adalah satu cabaran didalam kereta.

Pastinya anak-anak tersebut tidak dapat duduk diam dan perlu diberi ingatan.

Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan sepanjang perjalanan supaya anak-anak tidak melompat-lompat didalam kereta. Dengan adanya car seat, pengawasan amat minimum dan fokus pemanduan tidak akan terganggu.

6. Undang-undang Wajib

Image result for isofix

Menurut Timbalan Meneteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, kerajaan menjangka untuk mewajibkan peraturan penggunaan tempat duduk khas bayi pada kenderaan dalam menjelang 2019. Setiap kenderaan setiap kenderaan baru yang dikeluarkan wajib dilengkapi ISOFIX iaitu kelengkapan untuk meletakkan kerusi bayi dalam kenderaan.

Malaysia adalah anggota dalam World Forum For Harmonisation of Vehicle Regulations (WP29) dimana ia mewajibkan setiap negara anggota menguatkuasaan peraturan berkenaan. Oleh hal demikian, tidak ada alasan lagi untuk melengah-lengahkan pembelian sebuah car seat kerana ia bakal wajib dilaksanakan.

Sekarang anda sudah tahu kenapa car seat amat penting untuk keselamatan anak anda. Justeru itu, pastikan anda mendapatkan car seat yang telah di sahkan keselamatannya oleh SIRIM ataupun mana-mana badan pengiktiraf di luar negara bagi menjamin pelindungan yang menyeluruh. Bukan itu sahaja, pemilihan car seat perlulah sesuai mengikut umur.

Tips Ringkas Pemilihan Car Seat

  • Mematuhi standard United Nation, ECE Regulation 44.04 (atau R 44.03) atau i-Size Regulation yang terbaru iaitu, R129. Sila rujuk label “E” pada car seat
  • Pastikan car seat sesuai dengan berat kanak-kanak dan saiz
  • Pastikan car seat di pasang dengan betul mengikut arahan pengeluar
  • Pastikan car seat tersebut selamat

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *