Food, Nutrition, Recipe

7 Resepi Makanan Bayi Menggunakan BEABA Babycook – Bayi Umur 6 Bulan

Nak masak makanan bayi ini sebenarnya agak mudah la juga pada umur bayi 6 bulan. Boleh praktik 7 resepi bayi menggunakan BEABA Babycook ini. Once baby dah meningkat usia, mungkin makin complicated sikit makanan dia. Apa-apa pun, anda jangan risau. Kalau guna BEABA Babycook ni, mudah je. Ada pengguna BEABA Babycook cakap.. “Afif mudah je guna BEABA Babycook ni. Potong, campak, stim, siap

Wahhh. Pantas!

Well, campak itu bermaksud letak dalam steam basket 🙂

Nota : Kepada yang tak jelas pasal 4 days wait rule, boleh baca disini.

Puree Apricot

  1. Basuh apricot seperti biasa
  2. Belah 2
  3. Buang biji dan potong dadu
  4. Masukkan air ke dalam tank – Level 3
  5. Setelah siap stim, boleh masukkan air lebihan stim
  6. Blend

Kebaikan Apricot

Apricot kaya dengan fiber lembut yang membantu anak kita untuk makan dan kaya dengan vitamin A untuk mata anak kita. Carotenoids yang ada pada apricot ini pula mempunyai sifat anti-oxidant yang baik. Aprikot yang kering tidak bagus untuk bayi yang berumur bawah pada umur 1 tahun.

Puree Pisang

  1. Buang kulit pisang dan hiris pisang tersebut lebih kurang saiz satu jari
  2. Letak pisang dalam steam basket
  3. Steam level 2
  4. Blend dan campur air steam jika perlu

Kebaikan Pisang

Walaupun pisang dan ada beberapa jenis buah yang kita boleh berikan secara raw, namun ia tidak digalakkan untuk bayi yang berumur pada bawah 1 tahun. Kalau dah ada BEABA Babycook, steam je pisang ni dengan BEABA Babycook sebab sangat mudah. Dengan steam pisang ni juga kita sudah berjaya mengurangkan risiko alahan.

Pisang kaya dengan Vitamin B6 dan membekalkan sejumlah potassium yang membantu pencernaan bayi.

Puree Apple

  1. Basuh dan buang kulit apple dan buang juga biji
  2. Potong cube
  3. Letak dalam steam basket
  4. Boleh steam level 2 atau level 3. Saya guna Level 3 je 🙂
  5. Blend dan boleh tambah air stim jika perlu

Nota : Apple ni ada banyak jenis dalam market. For me personally I suka Apple Fuji. Apple Fuji ni dia ada high water content compare to other apple. Some apple rasa masam. Fuji is just nice 🙂

Kebaikan Apple

Apple ni best sebab rasanya pon best – manis compare to other fruits. Apple juga adalah sumber karbohidrat yang ringkas yang senang untuk dicerna oleh bayi kita. Mengandungi fiber dan bertukar menjadi macam gel dalam intestinal tube, membantu untuk pergerakan makanan dalam perut bayi. (Does this even make sense? Nanti Afif explain dekat bawah ye). Vitamin C pon ada juga pada apple ni dan sebahagian nya musnah disebabkan oleh haba. Akan tetapi, Vitamin C ini dapat dilindungi dentan steam cooking oleh BEABA Babycook.

Puree Carrot

  1. Basuh dan buang kulit carrot (kulit ke orang panggil? Eishh)
  2. Potong cube yang kecil
  3. Steam level 3
  4. Blend dan tambah air stim jika perlu

Nota : Carrot ni actually my second daughter, Wafa, favorite vegetables. Partly because it is sweet and colorful. Memang makan tak cukup kalau puree carrot ni. But you have to ensure when you blend carrot, you blend properly. Remember, choking hazard. So blend betul2 🙂

 

 

Puree Pumpkin

  1. Koyak dan basuh pumpkin
  2. Potong pumpkin dan buang biji-biji tu properly
  3. Potong cube
  4. Letak dalam steam basket and steam level 3
  5. Blend dan tambah air jika perlu

Nota : Now my experience with pumpkin ni.. you have to blend properly juga. Pumpkin ni lagi keras dari carrot and watch out for the seed (biji). Masa you blend, I strongly suggest you topup air masa blend accordingly to make sure you get nice texture.

Kebaikan Pumpkin

Pumpkin or labu kaya dengan magnesium – yang membantu muscle relaxation. Kalau ada masalah macam colic (tersedak susu ke misalnya), magnesium ni boleh membantu.

Puree Plum

 

  1. Basuh plum dan buang segala biji
  2. Potong 4 dan letak dalam steam basket
  3. Steam level 3
  4. Blend dan tambah air stim secukupnya

Nota : Plum ni rasa dia masam sikit and you have to choose carefully. Masa beli tu, cuba cari yang luaran dia okay, takde la lembik sangat. Plum ni juga bagus untuk bantu bayi anda kalau ada masalah nak poopoo a.k.a sembelit. Mungkin kalau baby tak suka makan direct, boleh mix with yogurt (saya guna Farmfresh) dan mesh together. It helps a lot!

Kebaikan Plum

Baiklah. Plum dan prune tak sama. Dried plum adalah prune dan prune tidak sesuai sangat untuk bayi yang berumur bawah 1 tahun due to laxative effect – maksudnya dia melawaskan lagi efektif. Personally I jarang bagi but my first daughter, dia picky eater. So selalu ada masalah constipation.

Prune come to rescue. So for plum, although boleh mash guna garpu je, you still have to cook with BEABA Babycook to prevent risk of allergy. Kaya dengan anti-oxidant and one of the best fruit to help constipation.

Puree Pear

  1. Koyak dan basuh pear
  2. Potong separuh dan buang biji
  3. Potong cube
  4. Steam level 2 or 3. Kalau buat banyak, boleh guna level 3
  5. Blend dan tambah air jika perlu

Nota : Pear ni dah high with water content. So kalau nak tambah air, tambah sikit je. Takut nanti cair sangat pula

 

Kebaikan Pear

Pear ni manis and sedap. Siapa tak suka pear dia pelik. Pear ni sama macam apple – dia source of simple carbs and good for baby digestion. Can’t go wrong kan? 🙂

 

Summary..

All right, that’s pretty much about it. 7 resepi makanan bayi menggunakan BEABA Babycook ni hanyalah guideline sahaja untuk give some ideas to new babycook users.

Tak guna babycook pon, boleh je nak guna resepi ni takda masalah. Cuma dengan babycook, mudah je kita nak steam,blend reheat bagai ni. Tak perlu susah-susah kan.

One last thing you should know adalah berapa lama nak simpan makanan. Boleh baca post ni:

If you ada good sumber resepi yang best guna BEABA Babycook atau any food processor, silakan share dengan kami di ruangan komen 🙂

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *