tanda awal kehamilan
Article, Info, Uncategorized

7 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Boleh Ketahui Sendiri

tanda awal kehamilan

Sudah beberapa hari haid bulanan tak datang. Nampak macam dah lewat. Ada bayi kecil ke dalam rahim ni?

Hati tertanya-tanya samada dah mengandung ke? Atau ia cumalah disebabkan haid yang tak teratur.

Bagi anda yang memang menantikan bayi kecil. Setiap bulan waktu kedatangan haid adalah waktu yang mendebarkan. Rasa gusar nak pastikan sahih atau tak rahim ini didiami si kecil comel itu.

 

Lebih-lebih lagi nak berkongsi berita gembira dengan suami tercinta yang tak sabar-sabar hendak menjadi seorang ayah.

Jika hamil anak kedua atau seterusnya pun masih tak dapat nak kenalpasti tanda awal kehamilan yang tepat. Iyalah kan. Perubahan fisiologi badan ini tiada tanda aras yang tepat untuk kita ketahui kehamilan yang berlaku.

Jadi nak tahu samada mengandung atau tak? Ia sangat mudah untuk anda tahu.

 

tanda kehamilan lewat haid

1.Sudah tentunya lambat datang haid. Tanda awal kehamilan paling ketara.

Selalunya haid datang ikut masa dan tarikhnya. Kali ini haid dah lewat . Jadi mungkin juga ia tanda awal  anda dah hamil. Cuma tunggu masa sahaja untuk badan memberi petunjuk lain yang mengukuhkan status kehamilan anda.

Boleh jadi tak sabar juga bila lewat saja haid, terus menguji air kencing dengan alat penguji kehamilan. Namun ada kalanya  kehadiran Human Chorionic Gonadotropin(HCG) pada air kencing adalah terlalu awal untuk diketahui.

Sebaiknya tunggu selepas 2-3 minggu daripada tarikh haid . Namun lewat haid ini kurang sesuai untuk dinilai oleh anda yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.

Bila kitaran haid tidak konsisten memang agak mencabar untuk ketahui tanda awal kehamilan yang tepat. Jadi perlu tunggu masa lebih lama bagi membuat ujian kehamilan yang tepat.

Mengesah kehamilan melalui ujian air kencing adalah cara yang lebih cepat dan tepat untuk kita tahu kita telah hamil.

 

Hasil urin yang positif bagi wanita yang lewat haid adalah tanda awal kehamilan.

 

Seperti yang disampaikan oleh Professor Imelda Balchin seorang Consultant Obstetrician & Gynaecologist Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau mengatakan bahawa :

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’

Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil.

Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan.

Ujian kehamilan ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita.

Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan.

UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif.

Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan.

tanda awal kehamilan rasa letih

 

2. Badan berasa lesu dan cepat letih serta mengantuk.

Perubahan hormon yang berlaku pada badan akan menyebabkan anda cepat rasa letih dan tidak bermaya. Hormon progesterone yang kian meningkat menambahkan rasa letih yang dialami. Mata akan cepat rasa mengantuk.

Sebelum ini, bila melakukan sesuatu pekerjaan masih boleh buat berterusan. Tanda anda mula hamil bila cepat rasa penat selepas melakukan sesuatu aktiviti yang biasa anda buat.

Ini disebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah daripada biasa bagi menyediakan nutrien kepada bayi. Kadar gula dalam darah dan tekanan darah juga menjadi rendah.

Tanda awal kehamilan ini adalah normal bagi anda yang baru mula hamil.  Sementara nak sahkan anda hamil atau tak, sebaiknya banyak berehat pada waktu ini.

 

3. Asyik ke tandas untuk membuang air kecil.

Seterusnya anda tiba-tiba mula kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Kali ini lebih daripada kebiasaan anda. Lebih-lebih lagi selepas minum air. Sekejap-sekejap nak ke tandas.

Memang agak sukar sementara nak biasakan diri. Jadi lebih kerap kencing ini disebabkan aliran darah ke buah pinggang  bertambah sebanyak 35% hingga 60%.

Terutamanya ia sebagai tanda awal kehamilan yang menjadikan penghasilan urin bertambah sebanyak 25%.  Bila bayi mula membesar ia turut memberi tekanan kepada pundi kencing.

Makanya kerap ke tandas ini adalah fenomena normal bagi ibu yang mula hamil.

 

tanda awal kehamilan muntah

4. Sensitif bau hingga muntah-muntah. Alami alahan awal kehamilan atau “morning sickness”.

Ramai yang beranggapan, bila mengandung mesti akan alami alahan dan muntah-muntah. Ini sebenarnya tanggapan yang kurang tepat. Ia bergantung pada sesetengah orang juga.

Jika anda dah mula sensitif dengan sebarang bau hingga buatkan anda nak termuntah . Itu mungkin tanda awal kehamilan yang sangat ketara.

Biasanya anda menjadi alah kepada bau seperti minyak wangi, bau makanan dan bau lain yang kadangkala seperti kelihatan tidak logik untuk anda menjadi alah kepadanya.

Faktor perubahan hormon yang sangat mendadak juga menyebabkan berlakunya alahan.

Kira-kira lebih 50% wanita hamil alami alahan. Biarpun istilahnya adalah “Morning Sickness” tapi ia boleh berlaku tak mengenal waktu. Pagi, siang, petang mahupun malam.

Tanda awal kehamilan iaitu alahan ini sebenarnya tidak berbahaya. Kecuali sehingga anda mengalami Hyperemesis gravidarum. 

Hyperemesis gravidarum berlaku apabila anda muntah berkali-kali, tidak lalu makan sehingga menyebabkan badan terhidrasi.

Berat badan juga akan berkurang dan gangguan elektrolit berlaku sehingga memerlukan anda ke hospital bagi menambah air menggunakan saluran intravenous (IV Drip).

Walau bagaimanapun alahan adalah satu petanda kehamilan yang baik. Ini menunjukkan bayi anda sedang membesar dengan sihat.

 

tanda awal kehamilan pedih ulu hati

5. Perut rasa sebu dan kembung serta pedih ulu hati.

Bila mula hamil, kedudukan uterus yang mulai membesar disebabkan kehadiran bayi. Ini sedikit sebanyak akan menyebabkan sistem pencernaan menjadi sedikit perlahan.  Hormon yang berubah menyebabkan injap antara perut dan esofagus berada dalam keadaan berehat.

Oleh itu asid perut akan keluar dan menyebabkan rasa pedih ulu hati berlaku. Namun, tidak semua wanita mengalami tanda awal kehamilan begini di awal trimester.

 

6. Payudara berasa penuh, kadangkala nyilu dan sedikit berubah.

Peningkatan hormon kehamilan menjadikan payudara anda mengalami perubahan. Lebih mudah dilihat, payudara akan sedikit membesar. Warna aeorala atau puting juga semakin gelap. Urat-urat halus sekitar payudara kian ketara,

Ini menunjukkan tanda awal kehamilan yang berlaku disebabkan badan anda sedang menyiapkan fizikal anda untuk menyusui bayi. Kadangkala anda akan merasa sedikit nyilu di payudara dalam tempoh ini.

tanda awal kehamilan mood swing

7. Perubahan drastik emosi

Apabila berlaku perubahan hromon dan juga fisiologi badan, ini turut mempengaruhi emosi anda. Hamil adalah satu perubahan hidup secara fizikal dan mental. Ia akan dilalui semua wanita yang berkahwin.

Anda akan jadi semakin emosi. Seperti cepat sedih, cepat marah dan juga sensitif. Faktor emosi yang tidak stabil ini adalah kerana tekanan fizikal (fisiologi badan berubah) , rasa letih, metabolisma badan meningkat.

Hormon  estrogen dan progesteron, yang bertambah juga mempengaruhi neurotransmiter di otak yang mengawal emosi. Oleh itu jika anda sedar emosi anda mulai tidak stabil ini turut menunjukkan tanda anda sedang hamil.

tanda awal kehamilan kit test

Ternyata tanda awal kehamilan adalah berbeza-beza pada setiap wanita. Oleh itu tidak semestinya anda akan melalui pengalaman 7 tanda awal kehamilan diatas.

Paling penting, hadapi segala kemungkinan yang berlaku. Jadi anda akan lebih bersedia untuk menerima samada anda hamil atau pun tidak hamil.

Malahan, ikutlah gerak hati anda. Jika anda mempunyai beberapa tanda awal kehamilan seperti diatas, banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti lasak. Ini kerana anda mungkin hamil. Oleh itu, langkah berjaga-jaga awal melindungi kandungan adalah sangat penting.

Akhirnya, setelah yakin, teruslah membuat ujian kehamilan melalui kit kehamilan yang boleh di beli di farmasi. Moga anda akan melihat dua garisan merah pada alat penguji kehamilan tersebut. Ini pasti sangat menggembirakan anda .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *