Recipe

9 Resepi Makanan Bayi Paling Mudah dan Senang Dimasak

 

puan sha and haarra

Bayi dah mula makan. Resepi makanan bayi apa yang sesuai ye? Masa ini ibu-ibu pun runsing nak fikir menu apa yang sesuai untuk bayi comel anda makan nanti.

Lebih-lebih lagi ini fasa awal mendidik tabiat makan anak. Memang sangat besar harapan ibu-ibu untuk berikan pemakanan bayi yang sihat dan berkhasiat.

Jika masak untuk makanan keluarga anda rasa mudah je. Cuma bila nak tentukan resepi makanan bayi ni buat anda jadi hilang idea. Risau bayi tak nak makan dan akhirnya tak dapat nutrisi yang cukup daripada resepi yang dimasak.

Ini antara kerisauan semua ibu. Bila bayi kurang makan, berat tumbesaran normal nya juga akan terjejas. Aduh. Lagi susah hati jadinya.

Maka, atas inisiatif sendiri supaya semua ibu mendapat idea untuk homemade makanan sihat untuk bayi.

Puan Sha Za yang juga merupakan seorang Jurutera ini  kerap berkongsi resepi homemade untuk puteri sulungnya Haara Samiyya, 2 tahun di instagram dan juga facebook miliknya.

“Bila bayi makan makanan sihat ia dapat kurangkan risiko penyakit dan menambah baik imun badan anak.

“Bagi Sha makanan sihat ini bermaksud hidangan yang seimbang. Kebanyakan resepi yang Sha sediakan untuk Haarra mesti ada karbohidrat seperti nasi, mee atau pasta. Kemudian protien daripada ikan atau daging serta serat daripada sayuran dan buahan”

Memang teruja bila tengok resepi-respi makanan bayi yang Puan Sha kongsikan ini.

Jom kita tengok apa 9 resepi makanan bayi yang kreatif lagi menyelerakan ini.

1# Bubur Barli Sweet Potato

bubur barli sweet potato

Cara membuatnya :

  1. Kupas kulit sweet potato. Basuh dan potong sweet potato kecil-kecil dan rebuskan.
  2. Bila sweet potato dah lembut, masukkan barli. Rebus lagi hingga kembang dan lembut.
  3.  Kisar hingga halus dan siap untuk dimakan.

 

#2 Bubur Beras Perang dan Brokoli

bubur brokoli

Cara membuatnya :

  1. Rebus beras perang sehingga masak dan lembut.
  2. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kecil. Sebaiknya brokoli dikukus atau steam bagi mengekalkan nutrisi brokloi tersebut.
  3. Kemudian purikan bubur dan brokoli dengan pengisar.

 

#3 Bubur Sup Ayam dan beras Perang

bubur sup ayam

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan 1 oz stok ayam homemade dengan air. Masukkan 2 sudu isi ayam. Rebus sampai ayam masak.
  2. Tambah sedikit lobak dan sayur parsli.
  3. Masukkan 2 skop serbuk beras perang kedalam sup.
  4. Setelah masak , kisar halus.

 

#4 Bubur Sup Barli

bubur barli sup ayam

Cara membuatnya:

  1.  Rebus 2 sudu isi ayam bersama air.
  2. Masukkan lobak. Tunggu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan 2-3 serbuk barli. Biarkan mendidih seketika.
  4. Kisarkan hingga halus. Dah siap untuk dimakan!

 

#5 Bubur Nasi Apple, Prune dan brokoli Bilis.

Bubur prune apple bilis

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan segenggam beras dengan air dan api perlahan.
  2. Masukkan buah Apple dan buah Prune kering.
  3. Kemudian campur 3-4 kuntum brokoli, 1 sudu kecil serbuk bilis homemade.
  4.  Setelah masak dan sejuk, boleh kisar halus.

 

#6 Bubur Bunga Kobis dan Lobak.

bubur cauliflower lobak bilis

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan segenggam beras dengan air dan api perlahan.
  2. Masukkan lobak dan bunga kobis yang dipotong halus. Masak hingga empuk.
  3. Kemudian campurkan 1 sudu kecil serbuk bilis homemade.
  4.  Setelah masak dan sejuk, boleh kisar halus.

 

#7. Bubur Ayam Tropikal

Bubur Ayam Tropikal

 

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan segenggam beras dengan air dan api perlahan.
  2. Masukkan isi ayam.
  3. Kemudian campurkan puri mangga dan betik. Sedikit serbuk bilis homemade.
  4.  Setelah masak dan sejuk, boleh kisar halus.

 

#8 Bubur Ayam Purplelicious

Bubur Ayam Purplelicious

 

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih kisar dan leek dengan sedikit minyak zaitun selama  2-3 minit.
  2. Masukkan ayam, tumis 2-3 minit.
  3. Tambah ubi dan lobak ungu, tumis 2-3 minit.
  4. Masukkan serbuk ikan bilis homemade dan segenggam nasi dengan air .
  5.  Setelah masak dan sejuk, boleh kisar halus.

 

#9 Bubur Beetroot dan Pea

Bubur Ayam Beetroot Sweet Pea

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih kisar dengan sedikit minyak zaitun sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, serbuk ikan bilis homemade dan air.
  3. Tamh beras dan beet root dan sweet pea.
  4. Rebus sehingga masak dan empuk..
  5.  Setelah masak dan sejuk, boleh kisar halus.

 

Inilah 9 resepi mudah bubur bayi yang boleh di masak untuk bayi ibu sekalian. Paling penting nutrisi dan kebersihan makanan semasa memasak perlu dijaga ye ibu-ibu.

 

Moga anda juga mendapat semangat seperti Puan Sha Za dalam memberi sentuhan air tangan bonda yang terbaik untuk bayi anda.

 

Sumber rujukan:
  1. Fb Sha Za Nasir dan instagram hs.eat.play.love

Related Posts

Leave a Reply