Car Seats, Safety, Travel

Anda Perlu Lihat Foto Ini Jika Anda Menggunakan Car Seat

Kemalangan yang teruk berlaku di Tacoma, Washington US yang mampu bertukar menjadi tragedi tragis tetapi dengan menggunakan car seat dan pemasangan yang betul, 2 orang kanak-kanak dan ibunya berada dalam keadaan yang lebih baik dari yang digambarkan oleh gambar kemalangan.

 

Kylee Barret membawa anaknya, Kolton yang berusia 5 tahun ke sekolah bersama-sama Hunter, 2 tahun . Malangnya, kereta mereka melalui jalan yang licin akibat salji dan berpusing. Kylee cuba mengawal dan mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan dan merempuh pokok. Impak rempuhan telah menyebabkan car seat yang di guna oleh Hunter bengkok akan tetapi ia telah menyelamatkan Hunter walaupun kereta mereka terbalik.

Total lost

 

Jika mereka tidak menggunakan car seat dengan pemasangan yang betul, kemungkinan Hunter akan berdepan situasi yang lebih getir.  Hunter cedera di kaki,  lebam dan kesan calar.

 

Kylee berkata “This specific seat retails for (US)$100. It’s NOT a ‘nice’ seat, but it further illustrates the point that you don’t have to spend a fortune to keep your child safe. Get your car seats checked by a CPST. Use it properly every.single.time. The life of your child relies on it.” 

Spot on.

 

Untuk menghargai nyawa anak anda, anda tidak perlu berbelanjar besar. Terdapat pelbagai harga car seat di pasaran. Serendah RM600 sehingga beberapa ribu. Namun, matlamat car seat adalah sama. Untuk melindungi anak anda.

 

Hunter semasa di hospital

 

Hunter setalah pulang dari hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *