Babycook

BAGAIMANA NAK BUAT MAKANAN BABY KALAU TRAVELLING?

Mommy kalau dekat rumah, boleh la buat makanan best2 untuk anak. Kalau travelling, macam mana pula? Kalau kita balik kg, kita prepare masak jugak ke dah rasa susah dan kekok?
.
Ada mommy yang anaknya suka makan homemade je. Tak suka kalau beli dekat mall yang dalam botol tu. Baby jenis suka yang fresh dan baru. Anak mommy sekalian macam mana?
.
Lagipun, kalau asyik suap makanan yang dah siap, agak kurang bagus. Tidak kiralah ingredient yang di tulis tu penuh berkhasiat. Kalau tiada apa2 yang diletakkan di dalam makanan tersebut, tidak patut bertahan lama tetapi secara realitinya, ada yang boleh tahan sampai 3 -6 bulan tanpa diletakkan di dalam peti ais!
.
SO MACAM MANA?
———-
.
Mommy kena ada food processor yang senang untuk bawa travel dan mudah di cuci. Apa ciri-ciri2 yang mudah travel ni? Food processor tu mestilah lengkap satu set as it is dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk simpan. Bila ia tidak besar dan mudah di simpan, ia akan jadi mudah untuk bawa ke mana-mana.
.
Letak dalam bag, zasss. Jalan je. Kalau naik flight, boleh bawa hand carry kalau ada bag yang sesuai..
.
Mudah di cuci juga satu faktor sebab kadang2 bila kita travel, kita nak cepat. Kalau blend buah buat puree dan ada kesan kotoran yang susah nak di basuh, lama-kelamaan, benda itu boleh menyebabkan makanan yang di sediakan selepas itu tidak bersih. Tak pasal2 pula si kecil dapat penyakit nanti
.
APA YANG PERLU DI BAWA KALAU TRAVELLING?
———-
.
Mudah. Bawa sahaja food processor yang mommy ada sekarang, dan beli buah di tempat yang mommy akan pergi. Kalau bawa buah dari rumah,mungkin lebam atau buruk selepas lama2 dalam perjalanan.
.
Plan terlebih awal dahulu buah apa yang hendak di beli nanti. Kalau mommy nak bawak rempah ratus ke olive oil ke, plan elok2. Jangan sampai di destinasi baru nak cari benda susah. Buah xpe. Banyak di jual even di tepi jalan. Betul tak?
.
Nanti bila dah sampai, ada food processor, ada perkakas dia dan buah, boleh buat makanan dengan penuh kasih sayang gitu.
.
MUDAH KE BAWA BABYCOOK KALAU TRAVEL?
—————
.
“Nak travel pun senang nak bawa dengan saiz dia yang tak terlalu besar kan. Saya balik Penang baru ni pun bawa je babycook ni” – Jes –Babycook Cherry Red
.
“InshaAllah.. will be travelling again in the future, longer flight. Yang tu kena bawak kot beaba. Senang” – Farah – Babycook Scandnavian Grey
.
Babycook dan bag ni senang ja nak bawa ke sana ke mari. Light weight ja bila letak dalam bag tu” – Anis, Babycook Cherry Red..
.
Gambar dalam post ni gambar Babycook dengan bag sangkut dekat stroller je masa tengah tunggu boarding. Credit to Anis. ?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *