Babycook

BAGAIMANA NAK REHEAT BABY FOOD TANPA MENGGUNAKAN DAPUR GAS ATAU MICROWAVE?

Boleh je reheat pakai BEABA. It is actually one of the advertised feature yang BEABA BABYCOOK ni boleh reheat. Macam mana nak buat?

Sebelum kita pergi kepada macam mana nak buat, kita jawab soalan-soalan penting dahulu.

“Nak pakai bekas apa untuk reheat nanti?”

“Bekas biasa yang kecik2 tu boleh”

“Berapa lama nak reheat tu?”

JAWAPAN

1. Boleh pakai any bekas container as long as it is BPA FREE and tahan panas. Saya sendiri strongly suggest to mommies spend sikit the money and get the good food container. Ade je bekas murah, RM10 dapat 6 bekas. Tapi, itu lah. Saya ragu-ragu. Haha. So, ask yourself 

Kat atas ni contoh – BEABA Stack Clip Portion.


2. Bekas biasa yang kecik tu boleh je just make sure ada penutup. Kenapa nk kena ada penutup? Kita xnak steam atau wap air masuk ke dalam tu. Kenapa? Mostly all the baby food yang kita dah prepare, sudah cantik texturenya and kepekatan dia semasa kita buat tu. Tapi, kalau kita reheat tanpa menggunakan penutup, kebarangkalian tinggi steam atau wap air akan masuk ke dalam bekas. Kemungkinkan juga, baby food yang dah siap di buat sebelum ni akan jadi cair sedikit.

3. Water level 1 or 2. Kalau guna Babycook, water level 1 ni untuk reheat selama 5 minit. Kalau water level 2, reheat selama 10 minit. So yang mana nak pakai? Up to you. Cuba dulu water level 1 untuk 5 minit reheat. Tapi kalau nak defrost, Afif suggest mommies guna water level 2 terus. So dia akan jadi panas sedikit dan kita cool down dengan room temperature

CARA-CARA

1. Keluarkan baby food dari fridge or freezer
2. Isi air level 1 or level 2 ke dalam water tank depending on the fridge atau freezer
3. Letak baby food with the closed container ke dalam bowl babycook
4. Steam
5. Siap!

Mudah tak reheat pakai BEABA? MUDAH BANGET!

TIPS

1. Sebelum hidang, sila stir atau kacau terlebih dahulu baby food untuk memastikan makanan yang di panaskan tadi sekata

2. Sebelum hidang, make sure juga anda rasa terlebih dahulu makanan itu supaya kualiti makanan tersebut masih kekal. Kalau rasa masam atau tidak elok, buang terus.

3. Baca doa makan! Niat dalam hati supaya baby kita suka makanan kita dan akan menjadi anak yg soleh atau solehah bila membesar nanti dengan makanan yang elok di berikan kepada mereka!

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Next time, Afif akan cuba explain macam mana nak reheat tanpa menggunakan babycook 

Please share this article because I really appreciate it we share the awareness about the baby food! Terima kasih!

Yang rajin tulis artikel,
Afif Rus 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *