Food, Paediatric

Berapa Lama Baby Food Boleh Di Simpan Di Dalam Freezer atau Peti Sejuk?

Kebiasaannya, selepas kita siap membuat batch makanan anak kita, next step will be freezing it. Namun begitu, untuk freeze the baby food, perlu ikut guideline yang betul supaya kualiti makanan dapat di jaga dengan elok walaupun di simpan lama.

Disini Afif akan cuba menerangkan tentang soalan-soalan lazim tentang penyimpanan makanan atau freezing the baby food.

BERAPA LAMA BABY FOOD BOLEH TAHAN JIKA DI LETAK DI DALAM FREEZER ATAUPUN PETI SEJUK?

  • Freezer : 3-6 bulan (ideally di gunakan dalam masa 1-3 bulan)
  • Peti sejuk (fruits/veggies) : 48 jam
  • Pet sejuk (daging, ayam, susu, telur) : 24 jam

 

Ini hanyalah guideline semata-mata. Untuk quality makanan dan nutrient yang optimum, makanan bayi yang di freeze haruslah di makan dalam masa sebulan. Ini kerana, setelah makanan bayi di sejukkan, makanan tersebut akan bersama dengan ice crystal yang terbentuk akibat suhu yang sejuk. Ice ini juga akan mengubah komposisi seperti texture makanan tersebut setelah di panaskan kelak. Basically, you have extra water from the ice bila kita thaw atau panaskan nanti. Obviously, this will change the texture a little bit.

Most of the authorities guideline menyatakan makanan yang di freeze boleh di simpan di dalam freezer selama 8 – 12 bulan. Well, that’s true and only if we maintan the sub-zero temperature di dalam freeze tu. Akan tetapi, berapa kali kita bukak tutup freezer in a day? Jika mommy masih perlu simpan makanan dengan lama, sila invest sedikit dan simpan di dalam deep frezer.

BABY FOOD CUBE DI DALAM PETI SEJUK – 48 JAM

Jika baby food cube di simpan di dalam peti sejuk, it’s safe to say makanan yang di simpan mestilah tidak melebih 48 jam (banyak food authorities di US mengatakan 72 jam). Ini adalah untuk memastikan atau mengurangkan bacteria growth kepada tahap yang minimum dan makanan tersebut jugak tidak hilang rasa. Guideline ini terpakai kepada sayur, buah-buahan, daging dan sebagainya.

Jika mommy ingin memberikan makanan yang fresh, mommy boleh invest sedikit dan dapatkan good food processor yang terbaik seperti BEABA Babycook. Selepas ada BEABA Babycook, momm boleh buat makanan on daily basis ataupun selang satu hari.

Apa yang mommy boleh buat adalah menyediakan batch makanan untuk hari ini. 1/2 batch untuk di makan pada hari ini dan 1/2 batch lagi di simpan untuk di makan keesokan harinya.

APAKAH KAEDAH RECOMMENDED PEMBUATAN DAN PENYIMPANAN BABY FOOD?

 

Baby food cube! Sebab, mudah dah senang. Mommy boleh spend beli ice cube tray. Murah je. Dekat supermarket pon ada banyak.

Selepas makana baby sudah di buat, biarkan ia sejuk sekejap dan terus simpan di dalam ice cube tray. Ambil lebih kurang satu sudu besar, letakkan di dalam ice cube tray tu, dan terus simpan di dalam freezer. Bila nak guna nanti, ambil dan thaw. Kalau guna Babycook, boleh terus reheat tanpa perlu pening-pening nak tunggu berapa lama siap. Isi sahaja air sebanyak Level 1, selepas 5 minit, Babycook akan auto stop dan terus boleh bagi baby tersayang untuk makan.

 

 

Kaedah kedua penyimpanan makanan baby yang Afif suka adalah menggunakan small container. Gambar seperti di bawah. Kelebihan menggunakan small container berbanding ice cube tray ni ia memudahkan mommy untuk reheat. Tidak perlu masukkan ke dalam bekas yang asing. Keluarkan dari freezer, terus letak je container ni dalam Babycook untuk reheat. Sila tutup container tu semasa reheat menggunakan Babycook. Ini untuk memastikan tiada steam atau wap air yang masuk ke dalam

 

APA KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICE CUBE TRAY ATAU SMALL CONTAINER NI?

  • Kuantiti makanan yang tetap dan sekata. So mommy tahu baby mommy makan banyak mana. 1 cube, 2 cube, 1 container atau 2 container dan sebagainya. Bila mommy boleh sukat kadar makanan baby, mommy boleh tahu jika ada penambahan demand untuk baby makan nanti
  • Minimal food waste. Tak membazir sebab kita dah sediakan cube kecik-kecik
  • Kalau dah ada ice cube tray atau small container, boleh je guna terus dan tak perlu beli yang baru
  • Take it go. For example mommy nak keluar dengan baby, boleh keluarkan baby food dan terus rehat guna Babycook. Terus boleh jalan.

 

Image result for no food waste

Hope mommy learn something from this post. Next time, kita akan cerita pula macam mana cara penyediaan dan penyimpanan daging atau  white meat untuk baby food.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *