Article, Parenting

Checklist Keperluan Bayi Baru Lahir

Tahniah kepada anda yang bakal bergelar ibu dan bapa. Sudah pastinya kelahiran cahaya mata sulung amat dinanti-nantikan. Bagaimana persiapan anda? Sudahkah anda sediakan barang keperluan bayi?

 

Barangkali bermain difikiran anda, apakah barang keperluan bayi baru lahir? Apakah barang keperluan utama? Maklumlah, tak lama lagi nak jadi seorang ibubapa, nak tahu juga perlu ke tidak nak beli stroller awal-awal ini.

Bila Nak Beli Keperluan Bayi Baru Lahir?

Ada yang bermula seawal kehamilan. Ada pula yang kumpul duit dahulu dan beli dua tiga bulan sebelum kelahiran. Terpulang kepada anda dan bajet di tangan. Jika ini kelahiran anda yang pertama, boleh dikatakan banyak benda yang perlu dibeli dan ia boleh mencapai beratus-ratus ringgit.

 

Jika bajet anda tidak mengizinkan untuk beli semuanya dalam satu masa, cara terbaik adalah mengecilkan skop perbelanjaan. Caranya, tetapkan bajet setiap bulan untuk beli beberapa keperluan penting. Jadi tidaklah terasa membebankan. Sembilan bulan kemudian, segala keperluan telahpun dibeli kesemuanya.

 

Kata orang, “bijak merancang kewangan.”

Apakah Keperluan Bayi Baru Lahir?

Sumber gambar

Panjang pula berceloteh. Tanpa melengahkan masa lagi, dibawah ini senarai keperluan bayi baru lahir yang perlu anda sediakan.

 

Bedung dan Barut Perut Bayi.

Digalakkan anda membeli 10 helai kerana 2 pekara ini yang mudah kotor akibat terkena minyak sapuan, muntah dan juga najis. Anda perlu kerap tukar untuk memastikan bayi sentiasa dalam keadaan bersih.

 

Pakaian

Seboleh-bolehnya 3 set, merangkumi baju dan seluar lengan panjang serta lengan pendek (tidak termasuk baju dan seluar berlubang), sarung kaki dan tangan, topi, dan juga sapu tangan atau tuala kecil untuk lap mulut bayi jika termuntah selepas menyusu. Tidak lupa juga tuala untuk lap bayi selepas mandi. Pastikan baju dan seluar bayi dari jenis kain kapas.

 

Lampin Dan Alat Membersih

Sumber gambar

 

Pekara yang paling penting sekali adalah lampin. Terpulang kepada anda untuk menggunakan lampin pakai buang atau lampin guna semula.  Sebagai permulaan, 1 beg bersaiz “newborn” sudah memadai jika memilih pakai buang. Ini kerana bayi cepat membesar.

 

Wet tissue adalah alat membersih yang paling penting. Jika berkemampuan, borong sebanyak yang boleh. Ia satu alat keperluan anda akan guna setiap hari.

 

Tikar kecil juga salah satu alat keperluan yang wajib dimiliki. Biasanya dibuat daripada getah atau polyester. Ia digunakan untuk menukar lampin bayi. Sehubungan itu, anda boleh juga dapatkan botol sembur air.

 

Keperluan Tidur Bayi

Dua perkara penting yang wajib anda beli adalah tilam dan juga kelambu. Pastikan tilam diperbuat daripada jenis kapas kerana bayi cepat berpanas dan berpeluh. Bagi kelambu pula, untuk mengelakkan nyamuk tidak kira anda tinggal di kampung atau bandar mahupun dalam bilik beraircond.

 

Adakah anda perlu sebuah babycot? Terpulang kepada kehendak masing-masing. Ia optional dan tidak wajib dibeli.

 

Penjagaan Bayi dan Dandanan

Sebelum anda beli apa-apa alat dandanan, minyak, sabun dan sebagainya, pastikan anda membeli sebuah bakul pakaian, bakul kecil dan besen mandi. Kemudian, barulah anda mendapatkan mandian bayi, minyak telon, sikat rambut, bebola dan putik kapas, dan tidak sabun pencuci khas untuk pakaian bayi.

 

Sekarang anda sudah tahu apa keperluan bayi baru lahir. Daripada apa yang tersenarai diatas, anda sudah boleh mengatur bajet dan kewangan anda untuk mendapatkan barang-barang tersebut. Ada banyak lagi barang-barang yang boleh dibeli, walaubagaimanapun, yang tersenarai didalam artikel ini adalah yang paling penting. Barang lain, anda boleh dapatkan kemudian seperti stroller dan baby car seat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *