Babycook

Dilema Baby Food Processor. Yang Manakah Terbaik Untuk Anda?

Next stage setelah baby dalam lingkungan 3 – 4 bulan, pasti anda akan mula mencari-cari atau membuat persediaan untuk bayi anda memulakan fasa solid food journey mereka.

Selalunya ia akan dimulakan dengan mencari baby food processor terbaik untuk bayi anda. Perkataan terbaik ni ada banyak maksud.

Terdapat lambakan produk baby food processor terutamanya di Malaysia. Tetapi, yang manakah terbaik untuk bayi anda dan value for money?

Jika anda adalah seorang ibu-bapa yang bekerjaya, mempunyai perniagaan sendiri atau mempunyai masa yang tidak banyak (time is not your luxury), anda perlu tumpukan perhatian semasa membaca artikel ini. Boleh?

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut dahulu, izinkan saya berkongsi dengan anda kenapa pemilihan baby food processor yang betul akan menguntungkan anda dari segi aspek masa, tenaga (effort) dan juga ekonomi (duit).

 

 

 

KENAPA PENTINGNYA UNTUK MEMILIH FOOD PROCESSOR YANG TERBAIK

Afif consult lebih daripada 150 ibu yang kebanyakannya first-time moms di Malaysia semenjak setahun yang lalu tentang baby food processor. Semasa consult, hampir 90% mempunyai concern yang sama.

Afif tanya. “Puan, tengah cari food processor yang macam mana ya? Cantik? Mudah?”

Hampir 90% jawapan adalah seperti berikut

“Afif, saya nak cari food processor yang memudahkan kerja, jimat masa dan tahan lama. Cantik tu bonus. Hehe”

Food processor mempunyai satu tugasan yang besar iaitu untuk menyediakan makanan bayi anda sebaik dan sebersih mungkin. Oleh kerana proses penyediaan makanan bayi anda seperti puree ini mungkin mengambil masa, proses membuat puree tersebut mestilah singkat dan effisen.

Kenapa penyediaan makanan mengambil masa?

Ini kerana anda haruslah mempunyai meal management. Anda harus tentukan makanan apa yang hendak di beri supaya ia memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda mengikut tahap umur mereka. Tak mudah bukan?

 

 

Meal management ini adalah satu topik yang besar tetapi Afif akan explain di post yang lain.

Apa bila meal management ni memerlukan perhatian, proses membuat puree itu haruslah effisen. Kalau tidak, anda akan membazir masa yang lama di dapur rumah anda dan ia secara tidak langsung, mengubah dan mengakibatkan pengurusan masa anda yang lain turut terjejas.

OK? Jawab.. Yes!

Memudahkan kerja bermaksud apabila anda membuat puree untuk bayi anda, proses itu tidak memerlukan anda memberi perhatian sepenuhnya semasa ia berlaku.

Kalau boleh, apabila anda sudah menyediakan bahan-bahan, boleh terus mulakan proses membuat makanan dan anda juga boleh meninggalkan alah tersebut untuk anda buat kerja lain pula seperti mejaga bayi anda, kemas rumah, iron baju dan sebagainya.

 

Salah satu meal management adalah 4 days wait rule (4DWR) . Boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Apabila anda mengikuti 4DWR, anda memerlukan stock makanan bayi anda seperti puree dengan kuantiti yang cukup selama 4 hari. Katakan mengikut meal management anda, bayi anda akan makan avacado.

Oleh itu, anda perlu mempunyai stock yang cukup untuk avacado supaya ia mampu bertahan selama 4 hari. Kalau anda nak buat 2 hari sekali pun boleh, cuma kalau masa tidak mengizinkan, mempunya stock selama 4 hari sangat membantu.

 

 

Apabila anda memerlukan stock puree untuk 4 hari, bermaksud anda perlu menyediakan puree avacado tadi dengan banyak. Bagaimana nak buat stock avacado dengan banyak tapi menjimatkan masa?

Baby food processor yang bakal anda miliki mestilah mampu untuk membuat stock makanan atau puree dengan banyak tanpa melibatkan repetitive proses. Kalau repeat pun, tidak lah terlalu banyak.

APA AKAN TERJADI KALAU ANDA TERSALAH PILIH BABY FOOD PROCESSOR?

1. Melambatkan kerja anda
2. Puree atau makanan bayi yang dihasilkan tidak memuaskan
3. Susah untuk di bersihkan
4. Tidak tahan lama atau warranty yang tidak lama
5. Support atau after sales service yang tidak memuaskan

Sedar atau tidak, anda mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk anda menguruskan hal di rumah. Tambahan pula, anda juga perlu memberikan perhatian anda kepada beberapa perkara yang lain.

Kalau anda superwoman atau wonderwoman, okay la.

Disamping itu, anda tahu. Penyediaan makanan untuk bayi anda amatlah penting.

Afif juga seorang yang bekerjaya. Bangun pagi, kadang-kadang, rushing.

Tetapi, apabila bangun pagi dan nak sediakan makanan Wafa Aileen (2nd daughter) ke tempat babysitter, makanan lupa nak buat atau selalunya habis tanpa sedar hehe.

Saya sendiri tak pernah rasa tertekan atau rasa tak cukup masa sebab saya tahu, saya ada food processor yang boleh diharapkan. Lebih kurang begitulah.

Dengan tenang, saya akan sediakan bahan-bahan yang ingin dibuat, terus steam dan blend. Siap.

Memudahkan kerja Afif, jimat masa dan yang penting perasaan tenang walaupun kesuntukan masa.

Dalam post seterusnya, Afif akan kongsi dengan anda baby food processor apa yang terbaik di dunia.

Belajar sesatu dari post ini?

SHARE & LIKE

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *