Info, Paediatric, Parenting

Fakta Mengenai Perkembangan Bayi dari 0 – 6 Bulan

Tahap perkembangan bayi atau baby development milestone merupakan tanda mudah bagi setiap ibu-bapa yang ingin mengetahui apakah pencapaian atau kebolehan bayi anda pada umur tertentu. IQ bayi juga meningkat dengan kadar pantas pada tahun pertama.

Disamping itu juga, kebolehupayaan fizikal seperti tinggi dan berat juga meningkat.

Peringkat perkembangan bayi anda adalah mudah untuk di kenal pasti – bayi anda mungkin boleh duduk tanpa bantuan, berjalan dan mungkin juga meniarap.

Image result for baby rolling over

 

Perkembangan bayi boleh di kategorikan kepada 3 peringkat:

  1. Motor
  2. Bahasa / komunikasi
  3. Sosial / emosi

Bayi anda akan melalui peringkat-peringkat ini satu persatu sehingga bayi anda membesar. Perkembangan bayi walaupun lebih kurang sama, keboleh upayaan mereka ini berbeza mengikut umur masing-masing.

Doktor kepada bayi anda lebih mengetahui tentang perkembangan bayi. Namun, anda tidak perlu risau selagi tiada “red flag” seperti yang di terangkan di dalam post ini.

Perkembangan Motor

Related image

Apakah yang dimaksudkan perkembangan motor?

Ia dimaksudkan dengan tumbesaran fizikan dan kekuatan bayi anda seperti tulang, otot dan juga keboleh upayaan mereka untuk bergerak atau menyentuh persekitaran mereka. Ada para ibu risau akan bayi mereka memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Ya – itu juga sebenarnya adalah suatu milestone yang kita patut banggakan!

Namun, kita haruslah berhati-hati mengenai objek tersebut.

Perkembangan motor pula terbahagi kepada 2 kategori – motor kasar (Gross motor development) dan motor halus (fine motor development)

  1. Motor kasar – merangkumi kebolehupayaan otot yang besar pada bayi. Otot ini membantu kita untuk duduk, berjalan, berlari dll
  2. Motor halus – merangkumi kebolehupayaan oto yang kecil seperti otot tangan (jari)

Contoh Aktiviti Motor Kasar

  1. Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)
  2. Berkawad seperti askar
  3. Berlari dan berhenti mengikut arahan
  4. Melompat setempat
  5. Melompat seperti katak
  6. Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)
  7. Memegang palang dan berhayun
  8. Memanjat tempat mainan
  9. Membaling dan menangkap bola
  10. Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan

Contoh Aktiviti Motor Halus

  1. Bermain pasir
  2. Mengikat tali kasut
  3. Memasang butang baju
  4. Mengguna sudu dan garpu
  5. Membentuk objek dari plastisin
  6. Memotong kek atau mainan plastisin
  7. Melekatkan gambar
  8. Menggunakan ‘mouse’ komputer
  9. Menulis nama
  10. Melorek atau mewarna gambar

 

Image result for child on sand

Perkembangan Bahasa / Komunikasi

Tanda pertama mengenai bahasa / komunikasi yang paling mudah adalah… bayi anda mula sedar akan kalau dia lapar, menangis adalah salah satu cara untuk menarik perhatian anda untuk memberi susu, teman bermain, ataupun sekadar duduk di sebelah mereka.

Bayi juga akan mula mengenali bunyi-bunyi yang terpenting di dalam hidup mereka seperti suara ibu atau penjaga mereka. Mereka akan mula mengenali bahasa atau bunyi sebagai tanda berkomunikasi apabila mereka makin membesar.

Related image

Pada penghujung 3 bulan.. bayi anda mungkin:

  • Senyum jika anda muncul
  • Membuat bunyi “coooing”
  • Senyap atau senyum jika anda bercakap dengan mereka
  • Mengenali suara anda
  • Menangis yang berbeza untuk keperluan berbeza. Nak susu, bunyi lain. Nak poo-poo, bunyi lain 🙂

Pada penghujung 6 bulan.. bayi anda mungkin:

  • Membuat bunyi “gugugu” jika bersendirian atau bersama anda
  • Menggunakan suara untuk menyatakan suka atau tidak suka
  • Menggerakkan mata mengikut arah bunyi
  • Respon terhadap bunyi yang berbeza
  • Mula sedar mainan mereka mengeluarkan bunyi
  • Memberi perhatian kepada musik

 

Perkembangan Sosial / Emosi

Image result for baby emotions

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak lahir, bayi akan menunggu anda (ibu) untuk memenuhi keperluan mereka. Pada permulaan, makanan dan keselesaan adalah menjadi faktor utama bayi memerlukan anda. Semakin meningkat usia, bayi anda memerlukan perhatian dan stimulasi dari anda.

Anda adalah rakan pertama dan orang yang paling istimewa untuk mereka. Bayi anda akan bergantung kepada anda sepenuhnya – makanan, kasih sayang, keselesaan, pembelajaran.

Bayi anda akan tersenyum melihat raut wajah anda, mendengar suara anda dan sentuhan anda. Ini adalah contoh perkembangan emosi.

 

Perkembangan Bayi Pada Umur 0 – 3 Bulan

Bayi anda mula menujukkan tanda-tanda semakin membesar apabila mereka ini pada dulunya agak pasif dan kini semakin aktif dan responsif.

Penghilatan bayi juga semakin bertambah baik – mereka menjad lebih peka dan berminat dengan perubahan di sekeliling. Raut wajah mula dan dan juga orang juga menjadi perhatian mereka.

Bayi anda akan tertarik kepada cara yang cerah dan warna-warna utama seperti merah, kuning, hijau, biru dll. Bayi anda mungkin

Image result for baby attracted to light

Pada umur begini, bayi anda akan memberi perhatian terhadap bunyi yang mereka selalu dengar atau kenali (suara anda) dan senyum jika melihat ibu-bapa mereka. Bayi anda juga akan mula membuat bunyi seperti “oooo” atau “aaaa”.

Otot leher bayi juga semakin kuat pada ketika ini. Pada mulanya, bayi anda hanya mampu untuk mengangkat kepala mereka beberapa saat semasa mereka meniarap. Otot leher semakin kuat apabila bayi kerap mengangkat kepala mereka. Pada umur 3 bulan, bayi anda sudah mampu untuk mengangkapt kepala mereka dengan lebih lama.

Tangan mereka juga akan lebih aktif. Pada mulanya mereka hanya boleh menggengam objek, kini mereka boleh membuka dan mengenggam erat sesatu objek. Bayi anda menggunakan tangan mereka untuk explore keadaan sekeliling – mereka juga akan mendekatkan tangan mereka kepada muka dan memasukkan jari ke dalam mulut.

Pada penghujung bulan ke tiga, berikut adalah peringkat pembesaran yang mungkin bayi anda capai:

Perkembangan Motor

  • Support kepala dan bahagian atas badan semasa meniarap
  • Buka dan tutup tangan/jari
  • Membawa tangan ke mulut
  • Memegang dan mengoncangkan mainan mereka
  • Cuba untuk mencapai objek dari jauh
  • Menolak kaki mereka jika berada di permukaan lantai
  • Pergerakan mata akan mengikut pergerakan objek

Perkembangan Bahasa / Komunikasi

  • Membuat bunyi “cooooing”

Perkembangan Sosial / Emosi

  • Senyum melihat wajah yang familiar
  • Suka bermain dengan orang sekeliling

Perkembangan Bayi Pada Umur 4 – 6 Bulan

Sekarang, bayi anda sudah boleh tentukan samada dia nak buat atau tidak. Bayi anda akan explore mainan mereka dengan menggunakan deria sentuhan dan memasukkan mainan tersebut ke dalam multi. Jangan pula bersepah dengan duit syiling ye. Bahaya!

Pada masa ini juga komunikasi bayi meningkat – mereka mungkin akan menangis kalau lapar, ingin membuat aktiviti lain atau inginkan mainan yang berebza.

Bayi anda akan semakin rapat dengan anda, bonding juga semakin kuat dan mungkin mula mimilih dengan siapa yang mereka mahukan. Ramai bayi yang pada umur 5-6 bulan mula menunjukkan stranger anxiety dan menunjukkan reaksi tidak berminat dengan orang selain daripada anda.

Image result for baby cries taken away

Setelah leher mereka semakin kuat, bayi anda akan menggunakan tangan dan badan mereka untuk bergerak. Pergerakan ini membantu menguatkan badan bahagian atas untuk membantu dan menyediakan mereka untuk duduk kelak. Akhir tempoh ini, mereka mungkin akan boleh untuk bergolek atau roll over dari perut ke belakang atau dari belakang ke perut. Mereka juga mungkin boleh duduk tanpa sebarang sokongan.

Pada penghujung bulan ke enam, berikut adalah peringkat pembesaran yang mungkin bayi anda capai:

Perkembangan Motor

  • Memusingkan badan dari perut ke belakang, belakang ke perut
  • Duduk dengan bantuan dan seterusnya, tanpa bantuan
  • Cuba mencapai objek
  • Memindahkan objek dari tangan ke tangan
  • Mampu untuk menampung badan mereka jika di bantu untuk berdiri
  • Explore objek dengan tangan dan mulut
  • Explore objek dengan menggoncang dan mengetuk

Perkembangan Bahasa / Komunikasi

  • Ketawa
  • Menyebut atau mengeluarkan bunyi konsonan seperti “babababa”

Perkembangan Sosial / Emosi

  • Membezakan emosi dengan tona suara
  • Mencari object yang tersorok

Okay.. kita dah bincang mengenai perkembangan bayi atau milestone bagi bayi anda. Namun, seperti yang diterangkan sebelum ini, mungkin bayi anda tidak mengikuti milestone ini di atas sebab-sebab tertentu.

Oleh itu, ini adalah beberapa red flags untuk anda take note dan berjumpa dengan doktor bayi anda.

Red Flags Dari Lahir Sehingga 4 Bulan

  1. Mempunyai masalah untuk menggerakkan mata
  2. Tidak menujukkan sebarang reaksi terhadap bunyi kuat
  3. Tidak sedar akan tangan mereka (dari 2 bulan)
  4. Tidak mengikuti objek bergerak (dari 3 bulan)
  5. Tidak boleh memegang objek (dari 3 bulan)
  6. Tidak boleh menampung atau menegakkan kepala (dari 3 bulan)
  7. Tidak mengeluarkan bunyi atau meniru bunyi (dari 4 bulan)
  8. Tidak membawa objek ke mulut (dari 4 bulan)

Red Flags Pada 7 Bulan

  1. Agak kaku, tight muscle
  2. Kepala masih lagi tidak boleh ditampung oleh leher (bergoyang)
  3. Cuba mencapai objek dengan satu tangan sahaja
  4. Tidak berminat untuk di peluk
  5. Tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap orang sekeliling terutamanya penjaga, ibu-bapa
  6. Asyik menangis, mata mengering atau sensitif terhadap cahaya
  7. Tidak boleh duduk tanpa sokongan (dari 6 bulan)
  8. Tidak ketawa atau membuat bunyi (dari 6 bulan)

Berikut adalah beberapa checklist dari Pathways yang saya rasa agak membantu anda untuk track mileston bayi anda. Download di sini.

Akhir Kata..

Sebagai ibu-bapa kepada anak kita, kita seharusnya peka terhadap perkembangan bayi. Jika anda merasakan atau ragu-ragu terhadap development bayi anda, saya harap anda terus berjumpa doktor atau pakar berdekatan dengan anda bagi mendapatkan consultation yang lebih tepat.

InsyAllah nanti saya akan share lagi tips untuk menguatkan perkembangan motor, social dan bahasa.

Tinggalkan komen anda dan share artikel ini untuk menyebarkan kesedaran kepada ibu-bapa yang lain juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *