Babycook, Info

Info Lengkap Mengenai BEABA Babycook Yang Anda Harus Tahu

Hai! Dah lama tak tulis new blog post so kali ini Afif nak share mengenai BEABA Babycook hopefully, secara details dan dapat membantu anda semua untuk membuat pilihan tentang baby food processor untuk bayi anda.

Kita akan pecahkan kepada beberapa topik seperti berikut:

  1. Brand BEABA
  2. BEABA Babycook
  3. Harga
  4. Warranty
  5. After Sales Service
  6. Reviews

 

BRAND BEABA

BEABA ni adalah jenama dari France yang ditubuhkan pada tahun 1989. Apa goals BEABA ni? Basically dia nak memudahkan young parents membuat kerja di samping menghasilkan produk-produk untuk bayi yang unik, cantik dan berkualiti.

Ada juga brand-brand lain yang buat barangan bayi seperti Philips Avent ni akan tetapi BEABA first product adalah BEABA Babycook itu sendiri. Memang ini lah hasil ciptaan dia yang pertama. Dah hampir 30 tahun since ditubuhkan.

So maksudnya, kalau nak cari baby food processor, carilah jenama yang betul-betul specialize dalam baby food processor seperti BEABA.

Contohnya, kita boleh je beli jam brand Casio contohnya. Rolex pon ada juga jam. Tapi Rolex ni memang kita dah tahu brand jam. Kalau Casio, calculator yang kita guna dekat Uni pon ada. Dia tak specalize kan.

Valid ke perbandingan ni? Hopefully valid ūüôā

BEABA BABYCOOK

Sekarang kita dah jelas bahawa BEABA ini adalah jenama. Babycook ini pula product iaitu baby food processor. Hence, the name. BEABA Babycook. Macam Proton (jenama) Waja (produk). Oh ye, Proton Waja ini idaman saya dulu masa belajar hehe

Macam saya cakap di atas, BEABA Babycook yang pertama adalah pada tahun 1989 dan ia telah melalui proses penambah baikan yang sangat banyak sehinggalah yang kita selalu nampak sekarang, Babycook Solo. Kini, kita ada Babycook Duo atau Babycook Plus.

Secara asasnya, function Babycook ini adalah steam, reheat, defrost dan blend. 4-in-1. Ia juga sebenarnya boleh digunakan untuk masa bubur ataupun pasta. Akan tetapi, ia memerlukan accessories yang dijual berasingan dan diberi nama rice / pasta rice cooker insert.

Jom kita tengok video supaya mudah faham cara untuk guna Babycook ni.

Or… the second video..

 

 

Senang kan nak guna? Hehe. Ada yang cakap, campak, baling, blend, siap.

HARGA

Recommended Retal Price (RRP) adalah pada RM999 dan pada masa ini, BebeHouz memberikan 10% potongan dan menjual babycook ini pada RM899. Namun, kita ada juga package combo seperti RM999.

RM999 ni termasuklah Babycook, Pasta/Rice Cooker Insert dan silicon Spoon.

Hampir 90% customer BebeHouz mendapatkan set promo bundle ni dari babycook sahaja sebab lebih jimat.

Dan pasta/rice cooker insert ni pulak memang kita akan guna untuk masa bubur atau nasi nanti.

 

Nak masak nasi atau bubur guna babycook, mudah je. Baca sini:

Beaba ni sendiri ada banyak accessories sebenarnya. Warna pon cantik. Boleh tengok dekat sini:

pembayaran.

WARRANTY

BEABA Babycook warranty adalah selama 2 tahun bermula dari tarikh yg dibeli. Misalnya anda mendapatkan babycook dari BebeHouz, tarikh bermula 2 tahun tu ada pada resit secara online. So sudah direkod dan tiada hard copy. Kalau nak hard copy, boleh print sendiri. Tapi better online which is yang kita ada ni je sebab kalau hilang, kita tetap ada rekod pada sistem.

Warranty babycook ni cover semua benda kecuali human error. Wear & tear pon tak cover jugak.

Gambar dekat bawah ni sebenarnya 3 biji babycook yang saya hantar kepada BEABA Malaysia untuk repair. 3 terus hantar sebab ada masalah.

Kena tahu bahawa warranty babycook hanya sah apabila anda dapatkan babycook dari authorize retailer macam BebeHouz. Sebab BEABA Malaysia tidak akan entertain langsung babycook yang di beli oleh luar negara.

Hantar babycook untuk warranty claim

Kalau anda nak beli juga dari luar negara, yang saya tak nafikan murah berbanding BEABA Malaysia, tapi risiko rosak dan cost of ownership sangat tinggi. Misal kita anda beli dari UK then berlaku sebarang kerosakan, anda perlu hantar semula kepada tempat asal yang anda beli tu. Dan ada juga perlu tampung kos penghantaran. Dan kalau dah siap repair, tanggung pulak kos penghantaran semula.

Berbaloi? Depends. Sebab barang elektronik memang begitu. Ada yg okay, ada yang tak okay. So untuk saya personally, tidak berbaloi sebenarnya nak jimat masa nak beli selepas rosak, susah nak dapatkan support.

Berbeza dari mendapatkan babycook dari BebeHouz, kami ada SOP. Boleh baca disini.

Kenapa ada SOP? Kita nak pastikan after sales service pelanggan BebeHouz terjaga. ūüôā

AFTER SALES SERVICE

So dapat apa kalau ambil babycook dengan BebeHouz?

KETENANGAN HIDUP

Macam mana tu? Hehe

Kita sedia maklum yang babycook ni bukan lah satu produk yang kita boleh beli setiap hari. Mungkin kena kumpul duit dulu, mungkin beli 2-3 bulan kemudian. Oleh itu, kena pastikan after sales service yang berpadanan dengan apa yang kita laburkan untuk dapatkan babycook n.

Dalam bahasa mudah, after sales service yang BebeHouz tawarkan adalah khas untuk pelangan kami sahaja.

Yang pertama adalah BABYCOOK PROTECTION PLAN. Babycook protection plan ini adalah kemudahan berbayar yang pelanggan boleh ambil kalau berminat. Plan ini memberikan anda spare unit atau spare babycook kepada anda semasa babycook anda di hantar untuk proses warranty claim.

Lead time atau masa yang diperlukan oleh BEABA Malaysia untuk sebarang kerosakan adalah tiga minggu. Tiga minggu ni satu tempoh yang lama kan? So dengan adanya protection plan ini, 3 benda akan berlaku:

  • BebeHouz akan hantar babycook spare unit kepada anda
  • BebeHouz akan pickup babycook anda (seluruh Malaysia) dan hantar kepada BEABA Malaysia untuk repair atau warranty claim
  • BebeHouz akan hantar babycook anda setelah siap repair dan ambil kembali spare unit yang dihantar

Okay itu untuk BABYCOOK PROTECTION PLAN.

Ada lagi!

BebeHouz juga boleh bantu anda untuk subscribe courier insurance kalau ada yang prefer untuk postage instead of self-pickup di tempat kami (Taman Melati, 53100 KL)

 

Image result for parcel icon

Before saya explain, tahukan anda yang setiap item di pos kepada adalah risiko anda sendiri? Ini bermaksud, kalau rosak ke apa, semasa transit, risiko itu adala risiko pelanggan. Bukannya penjual. Namun, certain courier ada lah default maximum protection plan slalunya RM200. So kalau item berharga bawah RM200, tidak ada kerisauan kalau rosak ke hilang ke. Tapi kalau macam BEABA Babycook ni, harganya lebih dari value yang di cover. Kalau hilang atau rosak semasa transit, maximum reimbursement yang anda akan dapat hanya lah RM200.

Oleh itu, kami telah bekerja sama dengan pihak courier untuk bantu anda insuranskan barang yang di hantar. Apa dia cover?

  • Rosak semasa transit
  • Hilang semasa transit

Courier insurance ni boleh di ambil dengan bayaran serendah 1.5% daripada total order. Kalau item harga RM1000, so courier insurance ni harga dia RM15.

Untuk customer yang belum pernah atau jarang berurusan dengan postage item yang bernilai tinggi, memang saya galakkan untuk ambil lah. Bukan apa. Nak mudah, xnak pening, kita pon xnak risau2 kalau hilang macam mana.. kalau rosak macam mana.

Selalunya item yang di courier dan ada insurance ni, pihak courier akan jaga betul-betul. Mereka takut, mereka pula kena bayar dekat kita kan. Handle with care gitu.

 

REVIEWS

Bahagian reviews ni saya tak tulis habis lagi – nak kena kumpul review dulu hehe. But, boleh tengok dulu our past customer purchase so far. Ada yang datang dari Ipoh, ada yang datang dari Bangi untuk jumpa semata-mata untuk BebeHouz go through with them tentang BEABA Babycook ni.

 

 

BERMINAT NAK TAHU TENTANG BEABA BABYCOOK DAN WARNA YANG AVAILABLE? KLIK BUTTON NI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *