Food

Oats dan Baby. Apa Yang Anda Perlu Tahu?

The purpose of this post is basically for Afif’s knowledge as well as you so hopefully, by the end of this post, we learn something tentangs oats. Although this post is basically a translation from here, I will explain further in term of our baby’s need on the next few post. Surely at one point masa kita tengah baca pasal baby feeding, akan terlintas tentang memberi oat kepada baby kita. So it’s beneficial for us to know in details about oats.

(Featured image credit to Wholesome Baby Food)

Bila boleh mula bagi oats?

6 months. Setelah bayi anda cecah umur 6 bulan dan anda mula memberi puree seperti buah dan sayuran, oats juga adalah good first meal untuk di beri kepada bayi anda.

Kebaikan Memberi Oats Kepada Bayi

Walaupun oats lebih sinonim dengan orang dewasa, oats juga mampu memberi kebaikan kepada bayi anda. Berikut adalah ringkasan tentang kebaikan oats terhadap bayi anda:

  • Oats adalah berbentuk whole-grain food yang mengekalkan kebaikan bijiran walaupun setelah dimasak
  • Oats kaya dengan fiber. Ia mampu untuk memudahkan pencernaan bayi anda dan boleh mengelakkan dari masalah sembelit atau pencernaan
  • 1/4 cawan oats mampu membekalkan sebanyak 8% keperluan zat besi bayi anda. Ia juga mampu membekalkan sebanyak 44% keperluan magnesium dan 25% keperluan zinc kepada bayi anda setiap hari
  • Setelah bayi anda berusia 6 bulan, keperluaan zinc dan zat besi bayi anda meningkat. Oats adalah sumber yang baik untuk membekalkan keperluan zat harian tersebut

Jenis Oats Yang Anda Boleh Beri Kepada Bayi

Berikut adalah beberapa jenis oats yang anda boleh beri kepada bayi secara selamat:

  • Baby food oatmeal – ada dalam bentuk grain atau cereal. Perlu di campur dengan susu, EBM atau pun air
  • Regular oatmeal – regular oatmeal perlu di masak terlebih dahulu dan texture perlu menyerupai puree untuk memudakan bayi anda mencerna oat.
  • Rolled oat oatmeal – perlu di masak dahulu ataupun sediakan menggunakan kaedah overnight oats
  • Instant oat oatmeal – TANPA PERISA (Apple, Pear dsb). Instant oat hanyalah kaedah penyedian. Tetapi, banyak instant oatmeal sudah di tambah dengan gula dan perisa tambahan. Ia sesuai diberikan jika KURANG 200g of sodium per serving, kurang dari 6g gura dan sebaiknya tiada gula. Macam complex pulak kan? Yes. Abaikan terus instant oatmeal ni 🙂

Macam Mana Oats Dihasilkan?

Mesti anda berminat hendak tahu bagaimana oats ini dihasilkan? Sila tonton video ringkas berdurasi 3 minit dibawah

 

Perbezaan Di Antara Rolled dan Instant Oats

Sebenarnya, ada 3 jenis oats iaitu steel-cut, rolled dan instant oats. Namun, untuk pasaran Malaysia, majority oats di pasaran adalah rolled dan instant oats. Untuk post kali ini, kita akan fokus kepada 2 jenis oats ini. Perbezaan di antara oat ini hanyalah bergantung kepada cara ia di hasilkan dan disediakan.

Rolled Oats. Credit to Kellie Foster

Rolled Oats

Bentuk rolled oats ni macam kepingan yang telah di flat kan (rolled) dan menjadi bentuk seakan-akan daun-daun yang kecik. Daripada bijiran yang asal, ia akan di stim terlebih dahulu untuk melembutkan oats tersebut dan kemudiannya di tekan menjadi leper. Rolled oats berupaya untuk menyerap lebih banyak cecair dan berupaya untuk mengekalkak bentuknya berbanding instant oats.

Cara penyedian rolled oats ada dua (mungkin lebih) yang Afif tahu:

  • Overnight Rolled Oats -1/2 cup of rolled oat, 1/2 cup of water. 1/2 spoon of cinnamon. Sedikit hirisan lemon. Letakkan di dalam balang dan tinggalkan semalamam. Keesokan paginya, pindahkan overnight rolled oat ke dalam bekas makanan dan rendamkan bekas makanan tersebut di dalam air panas untuk kita panaskan sedikit. Sedia di hidang!
  • Cooked Rolled Oats – 1/2 cup of rolled oat. Blend terlebih dahulu supaya texture nya halus sedikit. Panaskan 1/2 cup air di atas dapur.Letakkan blend rolled oat tadi ke dalam air yang kita tengah masak. Kacau dengan sekata. Boleh tambah 1/2 spoon of cinnamon.

Image result for cooked rolled oats on the stove

Ada pendapat yang mengatakan ratio oats dan air adalah 1:1. Bermaksud, 1/2 cup rolled oats dan airnya 1/2 cup. Ada yang berpendapat ratio oast kepada air adalah 1:2. Ini bergantung kepada masing-masang. Anda perlu berekesperimen untuk mencari ratio terbaik yang di sukai anak anda. Jangan terlalu rigid.

Hirisan lemon di dalam overnight rolled oat bertindak untuk meleraikan oats supaya lebih lembut. Ia juga mampu untuk mengekalkan oats tersebut “fresh”. Risikonya, mungkin bayi anda tidak suka. Eksperimen!

Cinnamon bertindak sebagai penambah rasa. Ini kerena plain oats adalah “boring”. Jika di tambah sedikit cinnamon, ia mampu menarik minat bayi anda untuk memakan oats tersebut.

 

Instant Oats

Instant oats are the most processed of the three oat varieties. They are pre-cooked, dried, and then rolled and pressed slightly thinner than rolled oats. Sangat cepat di masak dan hanya tuang air panas untuk dihidang. Akan tetapi, kebanyakan instants adalah “kurang” sihat sebab adanya tambahan gula, garam dan perisa tambahan seperti coklat, apple, strawberry dan sebagainya.

Jika di masak, instants oats akan lebih “mushy” kerana tidak berupaya untuk menyerap dan menahan air dengan lebih lama. Oleh kerana instants oats sudah di tambah dengan pelbagai bahan yang kita ingin elakkan daripada bayi, instants oats adalah pilihan terakhir anda. Gambar marketing nampak macam sihat akan tetapi, tidak sesuai untuk bayi anda. Jangan terpengaruh.

 

Image result for instant oats

 

Bagaimana Dengan Anda?

Anda selalu berikan instant oats atau rolled oat? Apa resepi oats anda? Kongsikan dengan kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *