Nutrition, Parenting, Safety

Sebab Kenapa Ibu Digalakkan untuk Mengikuti “4 Days Wait Rule”

Apa itu “4 Days Wait Rule” ataupun ringkasan nya 4DWR?

4DWR adalah merujuk kepada jadual makanan kepada si bayi  yang menunggu sehingga 4 hari sebelum memberi makanan yang baru. Contohnya, pada hari pertama sehingga ke 4, anda memberi puree apple. Pada hari ke lima, jika tiada masalah dengan apple, anda boleh memberi puree pear dan seterusnya. Ia adalah peraturan mudah untuk mengenal pasti reaksi bayi anda terhadap makanan yang diberikan kepadanya seperti food sensitive atau food allergies. Makanan bukan sahaja boleh memberi impak kepada bayi secara general, malah ia boleh menyebabkan sakit perut, masalah pencernaan dan juga mungkin masalah membuang air besar.

Apabila bayi diberi sesuatu makan di dalam tempoh beberapa hari, kita boleh memperhatikan reaksi bayi kita terhadap makanan yang diberikan. Ia dapat memberikan gambaran yang sesuai bahawa bayi kita tidak mempunyi apa-apa food allergies jika tidak berlaku apa-apa reaksi di dalam tempoh tesebut.

Ia juga mampu membantu anda dalam mengenal pasti sebarang makanan yang berpotensi untuk memberi impak yang tidak baik terhadap bayi anda dan anda boleh berhenti memberi sesuatu makanan tersebut.

*image from wholesomenutrition.

Adakah perlu dan wajib untuk anda mengikuti 4DWR?

Tidak wajib. Tiada kajian khusus yang menunjukkan bayi anda perlu mengikuti 4DWR . Pakar kanak-kanak kini menyarankan bayi di dedahkan dengan wide variety of taste  dari awal dan kerap kali supaya deria rasa bayi “seronok” dan di latih untuk merasai rasa-rasa yang baru. Contohnya mendedahkan 4 makanan atau puree yang berbeza di dalam 2 atau 4 hari. Ini boleh meningkatkan keinginan bayi untuk mencuba dan meningkatkan rasa ingin tahu mereka

 

4DWR menjadi peraturan yang baik jika anda dan keluarga anda mempunyi sejarah food allergies

Mempunai regime pemakanan yang agak perlahan mampu membantu anda mengenal pasti makanan makanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada bayi anda. Anda juga dapat mengesan reaksi makanan terhadap bayi anda secara teratur. Reaksi allergic mungkin berlaku dalam tempoh 24 jam. Namun, jika muncul tanda-tanda awal allergic, hendaklah disegerakan di bawak ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.

 

Bila waktu terbaik untuk memberi makanan baru terhadap bayi?

Pagi atau pun tengah hari. Jika anda memberi makanan yang baru pada waktu petang dan bayi anda ada reaksi yang tidak bagus terhadap makanan tersebut, pakar kanak-kanak mungkin telah out of office. Oleh itu, cuba memberi makanan baru pada waktu pagi supaya urusan anda mudah jika berlaku apa-apa masalah.

 

Tiada specific rule yang mengatakan 4DWR adalah terbaik. Ia cuma sebagai landasan kepada anda untuk mengawal perkara-perkara yang anda boleh kawal sebaik mungkin terutamanya sekali bila sesuatu aktiviti itu melibatkan bayi yang tersayang.

 

Please LIKE & Share the article if it’s informative! Thank you 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *